Posts

šŸ‘7 Jun - Eid Al-Adha

Hey. Raya Aidil Adha tahun ni macam lain sikit vibe dia untuk aku. Selalunya aku tak terlalu menghargai hari ini, tapi entah kenapa kali ini aku betul-betul cuba untuk memahami tentang apa makna sebenar hari raya Aidil Adha ni. Still, aku masih lagi tidak memahami seluruhnya. Mungkin sikit sebanyak disebabkan aku dibesarkan dengan menyambut hari ini sekadar yang caranya biasa-biasa sahaja. Jadi setiap kali hari ini tiba, tiada apa rasa nak diraikan seperti yang lainnya. Memang agak pelik sedikit kisahnya, tapi itulah — mana mungkin jalan cerita kita semua sama. Sebenarnya aku bukan nak bercerita tentang hari ini, tapi tentang hari kelmarin — hari Arafah. Hanya Allah tahu apa perancanganNya yang sudi menjemput hati ini untuk tahu tentang hari itu. Dan bila aku tahu... ...betapa ruginya aku selama ni! Hari Arafah adalah hari di mana doa-doa manusia tidak ditolak, hari dimana Allah turun di langit dunia dan membanggakan hamba-hambaNya, hari dimana Nabi Muhammad S.A.W bersabda.. "Seb...
Recent posts