Skip to main content

🐑7 Jun - Eid Al-Adha

Hey. Raya Aidil Adha tahun ni macam lain sikit vibe dia untuk aku. Selalunya aku tak terlalu menghargai hari ini, tapi entah kenapa kali ini aku betul-betul cuba untuk memahami tentang apa makna sebenar hari raya Aidil Adha ni. Still, aku masih lagi tidak memahami seluruhnya. Mungkin sikit sebanyak disebabkan aku dibesarkan dengan menyambut hari ini sekadar yang caranya biasa-biasa sahaja. Jadi setiap kali hari ini tiba, tiada apa rasa nak diraikan seperti yang lainnya. Memang agak pelik sedikit kisahnya, tapi itulah — mana mungkin jalan cerita kita semua sama. Sebenarnya aku bukan nak bercerita tentang hari ini, tapi tentang hari kelmarin — hari Arafah. Hanya Allah tahu apa perancanganNya yang sudi menjemput hati ini untuk tahu tentang hari itu. Dan bila aku tahu... ...betapa ruginya aku selama ni! Hari Arafah adalah hari di mana doa-doa manusia tidak ditolak, hari dimana Allah turun di langit dunia dan membanggakan hamba-hambaNya, hari dimana Nabi Muhammad S.A.W bersabda.. "Seb...

🐑7 Jun - Eid Al-Adha

Hey. Raya Aidil Adha tahun ni macam lain sikit vibe dia untuk aku. Selalunya aku tak terlalu menghargai hari ini, tapi entah kenapa kali ini aku betul-betul cuba untuk memahami tentang apa makna sebenar hari raya Aidil Adha ni.

Still, aku masih lagi tidak memahami seluruhnya. Mungkin sikit sebanyak disebabkan aku dibesarkan dengan menyambut hari ini sekadar yang caranya biasa-biasa sahaja. Jadi setiap kali hari ini tiba, tiada apa rasa nak diraikan seperti yang lainnya. Memang agak pelik sedikit kisahnya, tapi itulah — mana mungkin jalan cerita kita semua sama.


Sebenarnya aku bukan nak bercerita tentang hari ini, tapi tentang hari kelmarin — hari Arafah. Hanya Allah tahu apa perancanganNya yang sudi menjemput hati ini untuk tahu tentang hari itu. Dan bila aku tahu...

...betapa ruginya aku selama ni!

Hari Arafah adalah hari di mana doa-doa manusia tidak ditolak, hari dimana Allah turun di langit dunia dan membanggakan hamba-hambaNya, hari dimana Nabi Muhammad S.A.W bersabda..

"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah."

(Riwayat Tirmizi)

Dan bila aku baca lagi tentang hari Arafah ni, bagi aku inilah hari dimana Allah terlalu dekat dengan kita semua! 😭

Bertapa terlalu hanyutnya aku dengan dunia, hingga aku buta tentang hari ini. Hanya Tuhan Maha Mengetahui, betapa kecewanya aku pada aku. Bukannya aku tak pernah tahu, tapi lebih kepada tak pernah betul-betul nak ambil tahu. Astaghfirullah.

Jadi kelmarin, sebelum Asar tiba.. aku tulis segala doa-doa aku. Dari sebesar-besar permintaan sehingga ke sekecil-kecil benda, semua aku sampaikan dalam doa dengan penuh harapan. Entah kenapa aku rasa ketika aku berdoa kelmarin, seperti aku sedang berebut-rebut dengan sejuta manusia sambil berharap Allah sudi paling wajahNya kepadaku yang terlalu hina ni.

Sudi mendengar rintihan aku, sudi makbulkan walaupun hanya satu diantara doa-doa aku.

Sungguh kelmarin, rasanya tak sama dengan mana-mana hari sebelumnya. Walaupun berdoa cara yang sama, malah ada hari di mana aku lebih meratap dibandingkan dengan hari luar biasa ini — masih rasanya tidak sama. Aku tak tahu nak sampaikan bagaimana rasanya di dalam kata-kata, tentang apa rasa yang aku rasa. Hanya Allah Maha Mengetahui akan segalanya.

Sebab hakikatnya, aku terlalu memerlukan keajaibanNya sekarang. Terlalu memerlukan. Ombak yang datang menimpa hidup aku sekarang, terlalu besar impaknya sehingga aku betul-betul tidak nampak lagi akan adanya jalan keluar. Hingga kerap kali aku rasa, hanya mati jawapan segala akhir kekusutan ini.

Bukan aku putus asa dengan rahmatNya, tidak sama sekali. Aku cuma ingin kembali kepadaNya. Aku ingin semudah itu, kerana kesulitan yang aku hadapi sekarang sounds really impossible to get better dah. Hanya yang tahu, tahu akan perasaan ini.

Dan kepada sesiapa yang tahu dan sedang melalui hal yang sama, aku doakan kau dan aku — tetap kuat hingga ke akhirnya. ðŸŦ‚

Thanks for being here, again.
Salam Aidil Adha.
See you next time.

Raa.

Comments